Menupuk debu untuk Tayammum,
Jumlah tepukan yang wajib dalam Tayammum
Rentetan
dari khilaf di atas, berlaku pula khilaf dalam menentukan berapakah
bilangan tepukan ke tanah yang mesti dilakukan oleh orang yang melakukan
tayammum? Mengikut jumhur ulamak tadi; tayammum wajib dengan
sekurang-kurangnya dua kali tepukan ke tanah; satu tepukan untuk disapu
ke muka dan satu tepukan lagi untuk disapu kepada dua tangan hingga ke
siku. Jika dua kali tepukan itu mencukupi untuk menyapu keseluruhan
kawasan muka dan tangan (hingga ke siku), tidak perlu lagi ditambah.
Jika tidak, wajiblah tepukan itu ditambah hingga debu meratai seluruh
kawasan yang wajib disapu itu.[26]
Adapun pandangan kedua di atas
(‘Atho, Makhul, al-Auza’ie, Imam Ahmad, Ishaq dan disokong oleh Ibnu
al-Munzir), mereka menegaskan; yang wajib ialah sekali tepukan sahaja
untuk kedua-dua anggota tayammum iaitu muka dan dua tangan hingga
pergelangannya.
Hal hal Yang membatalkan Tayammum
Menupuk debu untuk Tayammum,
Jumlah tepukan yang wajib dalam Tayammum
Rentetan
dari khilaf di atas, berlaku pula khilaf dalam menentukan berapakah
bilangan tepukan ke tanah yang mesti dilakukan oleh orang yang melakukan
tayammum? Mengikut jumhur ulamak tadi; tayammum wajib dengan
sekurang-kurangnya dua kali tepukan ke tanah; satu tepukan untuk disapu
ke muka dan satu tepukan lagi untuk disapu kepada dua tangan hingga ke
siku. Jika dua kali tepukan itu mencukupi untuk menyapu keseluruhan
kawasan muka dan tangan (hingga ke siku), tidak perlu lagi ditambah.
Jika tidak, wajiblah tepukan itu ditambah hingga debu meratai seluruh
kawasan yang wajib disapu itu.[26]
Adapun pandangan kedua di atas (‘Atho, Makhul, al-Auza’ie, Imam Ahmad, Ishaq dan disokong oleh Ibnu al-Munzir), mereka menegaskan; yang wajib ialah sekali tepukan sahaja untuk kedua-dua anggota tayammum iaitu muka dan dua tangan hingga pergelangannya.

- Tayammum adalah bersuci gantian bagi wudhuk. Apabila berlaku kepada orang yang bertayammum perkara-perkara yang boleh membatalkan wudhu sebagaimana yang telah kita jelaskan dalam tajuk yang lalu (contohnya, ia telah terkentut atau tersentuh kemaluan atau sebagainya), maka batallah tayammumnya. Kesimpulannya, perkara-perkara yang membatalkan wudhuk juga akan membawa kepada batalnya tayammum.
- Bagi orang yang bertayammum kerana ketiadaan air, tayammumnya batal apabila telah bertemu air. Sebaik bertemu air, dengan sendiri tayammumnya terbatal. Apabila hendak solat semula, wajib ia mengambil wudhuk, yakni tidak cukup dengan tayammumnya tadi sekalipun ia tidak melakukan perkara-perkara yang membatalkan tayammumnya. Jika ia bertayammum tadi kerana ganti mandi wajib, hendaklah ia mandi wajib sebelum mengerjakan solat berikutnya.
- Jika seorang bertayammum, kemudian belum sempat mengerjakan solat ia telah menemui air, tidak harus ia menunaikan solat dengan tayammum itu, akan tetapi hendaklah mengambil wudhuk, kemudian baru tunaikan solat. Ini kerana tayammumnya dengan sendiri terbatal dengan kerana bertemu air sekalipun belum sempat mengerjakan solat. Jika air ditemui semasa sedang solat (seperti ada orang memberitahunya semasa sedang solat itu), jika ia ingin meneruskan solatnya diharuskan dan solatnya sah. Namun sebaik-baiknya ialah ia menghentikan solatnya, kemudian mengambil wudhuk dan melakukan semula solat. Jika air ditemui setelah selesai solat, sah lah solat yang ditunaikan sebelum bertemu air itu dan tidak perlu diulangi semula sekalipun waktu masih ada.
- Jika bertayammum kerana keuzuran (seperti sakit, sejuk keterlaluan dan sebagainya), tayammum dikira terbatal sebaik sahaja hilang keuzuran. Contohnya; jika seseorang bertayammum kerana sakit, maka sebaik ia sembuh dari sakit, batallah tayammumnya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar