عن
أَبي عبدِ الله النعمان بن بشير رَضيَ الله عنهما، قَالَ: سمعت رَسُول
الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((لَتُسَوُّنَّ صُفُوفَكُمْ، أَوْ
لَيُخَالِفَنَّ اللهُ بَيْنَ وُجُوهِكُمْ)). مُتَّفَقٌ عَلَيهِ.
وفي
رواية لمسلم: كَانَ رَسُول الله صلى الله عليه وسلم يُسَوِّي صُفُوفَنَا
حتى كأنَّما يُسَوِّي بِهَا القِدَاحَ حَتَّى إِذَا رَأَى أَنَّا قَدْ
عَقَلْنَا عَنْهُ. ثُمَّ خَرَجَ يَومًا فقامَ حَتَّى كَادَ أنْ يُكَبِّرَ
فرأَى رَجلًا بَاديًا صَدْرُهُ، فَقَالَ: ((عِبَادَ الله، لَتُسَوُّنَّ
صُفُوفَكُمْ أَوْ لَيُخَالِفَنَّ اللهُ بَيْنَ وُجُوهِكُمْ)).
Dari Abu Abdillah yaitu an-Nu'man bin Basyir radhiallahu 'anhuma, katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Hendaklah
engkau semua benar-benar meratakan barisan-barisanmu - dalam shalat,
atau kalau tidak suka meratakan barisan, pastilah Allah akan membalikkan
antara wajah-wajahmu semua -maksudnya ialah bahawa Allah akan
memasukkan rasa permusuhan, saling benci-membenci dan perselisihan
pendapat dalam hatimu semua." (Muttafaq 'alaih)
Baca Juga Hadist Tentang Memelihara Amal
Baca Juga Hadist Tentang Memelihara Amal
Dalam riwayat Imam Muslim disebutkan:
"Rasulullah
s.a.w. itu meratakan barisan-barisan kita sehingga seolah-olah beliau
itu meratakan letaknya anak panah, sampai-sampai beliau meyakinkan
bahawa kita semua telah mengerti betul-betul akan meratakan barisan itu.
Selanjutnya pada suatu hari beliau keluar - untuk bersembahyang -
kemudian berdiri sehingga hampir-hampir beliau akan bertakbir. Tiba-tiba
beliau melihat ada seorang yang menonjol dadanya - agak ke muka sedikit
dari barisannya - lalu beliau bersabda:
"Hai
hamba-hamba Allah, hendaklah engkau semua benar-benar meratakan
barisanmu, atau kalau tidak suka meratakan barisan, pastilah Allah akan
membalikkan antara wajah-wajahmu semua."
Pelajaran yang terdapat di dalam hadits:
1-
Dalam Hadis di atas terdapat anjuran yang sangat keras agar di waktu
shalat, barisan itu benar-benar dilempangkan, diratakan dan diluruskan
sekencang-kencangnya. 2- Selain itu terdapat keterangan pula perihal
dibolehkannya berkata-kata dalam waktu antara selesai-nya iqamah dengan
akan dilakukannya shalat, tetapi kata-kata itu hendaknya yang bermanfaat
dan berguna.
Tema hadist yang berkaitan dengan Al Qur'an
-
Jadilah kalian bersama orang-orang mukmin dalam amal perbuatan mereka
yang paling baik, salah satunya dan paling khusus serta paling sempurna
ialah salat.
وَارْكَعُوا مَعَ الرَّاكِعِينَ
Dan rukuklah kalian bersama orang-orang yang rukuk. (Al-Baqarah: 43)
Baca Juga Sejarah Nabi Daud A.S
Baca Juga Sejarah Nabi Daud A.S
Maskapainya Lengkap Gambar Untuk Cari Tiket
Tidak ada komentar:
Posting Komentar